Wednesday, April 08, 2009

Putting the Krim in Diskriminasi

Hello adik-adik periang di luar sana. Lama dah rasanya abang Kimi tak muncul dalam segmen 'Siapa makan cili, dia sakit perut', sebab abang Kimi sangat busy tahap OMG dengan kerja sambilan abang Kimi yang lagi satu.

Hari ni abang Kimi nak mengulas satu topik yang panas ye adik-adik. Panas tahap melecur macam Opah dalam iklan tepung goreng pisang Adabi kat TV1 suatu masa dulu. Adik-adik ingat tak dialog Opah masa dia pegang pisang goreng 'Oooo panas, panas, panas!'?
Kawan abang Kimi pernah menceritakan pada abang Kimi yang seorang kenalannya pernah datang kepadanya seraya berkata 'Kenapa kamu begitu ray-cist?'. Sayang sekali tulisan abang Kimi tak berdaya untuk meluahkan intonasi sebenar kata-kata itu, kerana tentunya adik-adik akan lebih menghargai betapa lawaknya ayat itu.

Kenapa kita menyimpan prasangka terhadap saudara-saudara kita yang berbeza keturunan dengan kita? Yelah, abang Kimi selalu dengar yang orang Cina ni tamak la, orang India ni ganas la, orang Melayu ni pemalas la, Tia sakit buasir la. Eh, tersilap bagi contoh pulak. Tapi bila kita bersua muka dengan orang-orang ni, senyum lebar beramah mesra. Ini semua hikropit!
Tia - bukan nama sebenar. No I/C 8611...........

Kenapa kita perlu bersikap sedemikian? Apa takde ke orang Melayu tamak atau ganas? Takde ke orang Cina pemurah? Takde ke orang India baik hati? Pada hemat abang Kimi, dari semua kawan yang yang abang Kimi kenali, abang Kimi memang tak mampu untuk memberikan label tertentu kepada seorang kawan hanya kerana beliau berketurunan tertentu, kecuali 4 orang yang memang keturunan mengumpat.

Masa abang Kimi muda dulu, merantau kat tempat orang, abang Kimi pun pernah menjadi mangsa diskriminasi, malah abang Kimi pernah dicerca dan dicaca-marba (abang Kimi pun tak tahu apa maksud frasa itu) dan diherdik, hanya kerana abang Kimi bukanlah berketurunan orang di sana. Abang Kimi berasa sungguh duka lara dan hiba durjana kerana diberi layanan buruk kerana latar belakang abang Kimi. Tetapi pengalaman itu telah membuka retina dan iris abang Kimi kepada bagaimana perasaan golongan minoriti di negara kita sendiri yang sentiasa dipandang serong oleh orang seketurunan abang Kimi sendiri.

Lagipun apabila semua orang menyimpan prasangka terhadap orang lain, bukankah itu akan menyebabkan satu atmosfera yang tegang di antara kita semua? Yang paling abang Kimi tak boleh tahan tu, bila orang Melayu sendiri kata 'Ala, biasa la tu, orang Kelantan', 'Dah nama pun orang Jawa' ataupun 'Sah la dia ni orang Batak'. Aih, dah la dengan orang lain nak racist, dengan orang sendiri pun nak racist?

Bukanke lebih baik kita buang segala prasangka terhadap orang. Manusia ni diciptakan sama, yang beza cuma antara kita dengan Dia. Rambut sama hitam, walaupun hati lain-lain. Kalau ada seorang tu perangai semacam janganlah kita memperumumkan (generalise) perkara tersebut kepada satu-satu keturunan. Kita pun kenalah jaga perilaku kita ya adik-adik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dah kalau orang lain sibuk pergi kelas, belajar, kau duduk merempit, orang bersukan main basketball, kau sebok nak patah pinggang menari hip-hop, orang bersenam menari poco-poco kau sibok dengan menari kocok-kocok. Kalau kau tu 16 17 tahun takpe. Awak tu ada yang dah 24 25. Sedarlah diri sikit. Memanglah orang lain boleh maju boleh kaya kalau macam tu.
Kontinjen penari poco-poco lelaki dari Kg Parit Jalang, Muar

Lagi satu, walaupun adik-adik kata adik-adik menjadi mangsa sikap perkauman, sabar je lah. Hari ni hari dia, esok mungkin hari Khamis. Lagipun kita doakanlah semoga pintu hatinya terbuka untuk insaf selain mendoakan agar kita dijauhi sifat-sifat yang sedemikian. Kalau rasa nak marah pun, cukuplah sekadar membayangkan adik-adik sedang sedap menggilis-gilis muka dia kat jalan keretapi. Pada abang Kimi, kepuasan itu cukup untuk menenangkan kemarahan yang meluap.
Kalau setakat kena gilis dengan komuter, toksah le. Tingkatkan lagi daya imiginasi korang tu.

Cukuplah setakat ini. Jumpa lain kali. Jangan naughty!

4 comments:

Tinta MR said...

waaa dah lama x ade slot bersama abg kimmy (jimmy?) ni. yup yup elakkn sikap perkauman. bersatu teguh bercerai roboh! =)

wannortya said...

hoiiii!melampau sungguh nama aku diperkotak katikkan sewenang2nye oleh org yang tak bertanggungjwb.sape bg kebenaran mutlak kat ko letak gambar aku kat blog ko nih?cess sila byr royalti.saje la tu nak tumpang kemasyhuran aku..

kot ye pon aku tak gi muktamar semalam,tak payah la memberontak sebegini rupa.dasar hipokrit.haha

p/s:berapa ratus kali aku kena ingatkan ko beday aku bln 10? diulang bulan 10!

penglipurlapar said...

mas

abang kimi bz la

tia

ye, mmg aku melampau. terlampau seksi! haha. kau bukan lahir bulan 11 ke?

wannortya said...

ape dosa aku dikurniakan kwn sebegini rupa?ishhh nyesal masuk mrsmj