Monday, November 17, 2008

Warna-warni kehidupan

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

Ridhuan Ali punya pasal lah ni. Habis melekat lagu tu dalam kepala aku.

***

Hai adik-adik. Selamat datang ke rancangan, 'siapa makan cili, dia sakit perut'. Hari ni adik-adik akan bersama Abang Bozo ya sebab Abang Kimi sekarang tengah sakit angau ya adik-adik. Sakit ni bahaya, kita mintak jauh lah. Orang yang sakit angau ni adik-adik, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, buang air tak pam. Tapi kalau bab makan tak kenyang tu, tak payah tunggu sakit angau pun Abang Kimi dah ada simptom tu.
Abang Kimi makan tak kenyang. Bukan apa, makan tak baca bismillah, memanglah. Ni sebelum angau ye adik-adik.

Baiklah, tajuk rancangan hari ini ialah 'Warna-warni kehidupan'. Begitu riang dan gembira sekali tajuk tu ya. Teringat pula Abang Bozo kepada satu lagu yang kerap ke udara ketika musim Hari Raya. Lagu tu berbunyi 'Gedung Kamdar untuk setiap masa. Bawalah keluarga ke gedung kami yang mesra dan riang'. Oklah kita abaikan lagu tu buat seketika.

Adik-adik ada dengar tak berita baru-baru ni yang kita boleh kurangkan caruman KWSP kepada hanya 8%? Apa 8 %??? Ya, 8 % adik-adik. Sudahkah adik-adik terima penyata kira-kira KWSP adik? Kalau belum sila rujuk kepada majikan adik-adik. Eh lupa pulak adik-adik ni masih di bangku kantin sekolah. Tersilap fakta pulak. Maklumlah, Penulisan UPSR dulu pun dapat C je.

Bunyinya memanglah menarik ya adik-adik. Kita boleh berbelanja lebih lagi dengan wang tersebut. Tapi adik-adik harus bertanya kepada diri adik-adik sendiri, apakah berbaloi adik-adik membelanjakan wang itu sekarang? Bukankah simpanan KWSP itu untuk menanggung perbelanjaan hari tua adik-adik? Adik-adik harus ingat, warga tua teras masyarakat. Hidup lama penuh jasa setia, pada negara. Didik anak dan cucu ke arah matlamat kita. Korban jiwa untuk keluarga, masyarakat dan juga nu.... eh, boleh pulak ternaik syeikh Abang Bozo ni. Abang Bozo memang pantang jumpa peluang nak menyanyi ya adik-adik.
warga tua

Bukan sahaja kita harus menyimpan di KWSP ya adik-adik. Adik-adik juga boleh menabung di institusi kewangan yang lain seperti ASB, Tabung Haji, Bank Islam, Akaun Maybank 5-1654-830-2, Poket Abang Bozo dan sebagainya. Bukan apa ya adik-adik, memanglah seronok apabila kita berbelanja. Apatah lagi apa bila kita dapat memuaskan nafsu kita yang sememangnya rakus. Tapi adik-adik juga harus ingat mungkin satu hari nanti dengan tidak semena-mena adik-adik memerlukan wang untuk sesuatu. Masa tu sudah terhantuk barulah tergadah. Nak pulak biasanya masa-masa nak pakai duit la bil-bil semua datang, ceti yang lama tak singgah tiba-tiba mesra memberi kunjungan, sekadar ingin menghirup secangkir kopi katanya. Masa tu rasa macam sudah jatuh, ditimpa tangga, terpijak paku, terhantuk tiang.
muka ceti haram datang nak kutip hutang

Cuba adik-adik ikut cara Abang Bozo, kalau rasa nak beli barang, atau lalu tepi kedai tiba-tiba nampak benda best, tunggu esok. Kalau esok tu masih rasa nak beli, tunggu lagi esok. Sampailah dah rasa tak nak beli. Seeloknya, ketika itu, adik-adik memuji diri adik-adik sendiri kerana telah berjaya melawan nafsu 'Bagus betullah aku ni. Tengok, kan dah berjaya jimat 600 hengget tak beli cermin mata hitam tu. Bukannya nak pakai sangat. Nampak Z pakai je terus nak beli. Sebagai ganjaran, kita makan Syed malam ni'. Ya, adik-adik perlu memberi ganjaran kepada diri adik sendiri. Tapi jangan pula jimat 20 ringgit, beli ganjaran 50 ringgit. Itu malapetaka namanya.

Selain itu, adik-adik di luar sana juga perlu memikirkan kos-kos sampingan apabila membeli sesuatu. Memanglah adik-adik mampu membeli Double Cheeseburger di McDonald's sekarang, tapi mampukah adik-adik membiayai rawatan di slimming center untuk mendapatkan semula susuk tubuh yang lama? Memanglah adik-adik mampu membeli sebuah kereta BMW, tapi mampukah adik-adik membayar kos penyelenggaraannya? Lainlah adik-adik juga memiliki sebuah lagi BMW (Bank Manyak Wang).

Selain nafsu-nafsi, adik-adik juga perlu mengawal perasaan PTOLLS (pantang tengok orang lain lebih sikit). Kalau adik-adik rasa tercabar melihat mereka memperagakan sesuatu milik mereka, apa yang adik-adik harus lakukan selain melelehkan air liur ialah, membayangkan berapa banyak dividen yang adik-adik boleh dapat dengan menyimpan jumlah wang yang sama dan bayangkan juga adik-adik akan membeli sesuatu yang lebih best lagi selepas sepuluh tahun menyimpan. Baru derang tau. Nak belagak depan orang pulak. Ha, kete aku lagi besar tau! Eh, terbawak-bawak pulak Abang Bozo ni.
pundi air liur atau nama sebenarnya glandulae salivariae, tempat asal usul air liur sebelum dilelehkan oleh adik-adik.

Alamak, Abang Bozo baru terperasan yang topik asal kita ialah 'Warna-warni kehidupan'. Minta maaflah ya adik-adik, Abang Bozo terkeluar topik tadi. Maklumlah, UPSR pun dapat C je untuk karangan. Oklah, bertemu lagi kita dalam siaran yang akan datang. Jangan nakal-nakal tau.

19 comments:

Fuzzy A! said...

Pundi air liur sounds so... vulgar

Anonymous said...

i think ah, this is probably the best post you write so far you know. Got moral, got economic advice, summore got aesthetic value also. Bravo kimi.

Anonymous said...

and model gambar yg hebat juga

penglipurlapar said...

jo

ok. my mistake. it should've been kelenjar air liur.

pesakit sindrom ptolls

why, thank you. tapi aku masih musykil akan identiti kau ni

anon

femes tu model yang aku amik. kalau kau perasan banyak poster dia kat seantero negara. nak pulak kat balai2 polis.

Fuzzy A! said...

You know what's weird? I didn't realize that pundi is not the malay word for gland/железа... Patutlah B4 BM SPM

rafizzi said...

salam abg kimi.. huhu best gila baca blog ni.. kalau baca sure tergelak sorg2nye.. huhu mmg pandai berkarya ar.. k, keje leklok, kalo windukan kitorg,dtg la frnce melawat.. gunakn duit kwsp tu... huhuhu

penglipurlapar said...

kalau ikutkan jumlah caruman aku bulan2, sampai pencen lah baru aku ada cukup duit kot.

LeLa BeSt said...

hahah.. aku tergelak sorg² dpn pc kt opis smbil mkn nasik lemak lauk paru beli kt makcik kt bawah tu

aku berbangga dgn cara ko berjimat n mengawal nafsu berbelanja tuh kim.. bleh jd contoh nih. sbg ganjaran, ko boleh blanje aku kt syed
oih, bape ko kne bayar ustat tu hah? suke suki jek gune gamba die.. aritu ko mtk gamba pompuan tuh, utk tujuan² sebegini rupe lah ye..

hahah.. kalo aku bg, mesti dh gelak guling² hentak² kaki bace citer psl dier.. hahah

penglipurlapar said...

aku dah bajet nak amik gbr dia kat facebook, tapi dia tak femes sgt. so aku letak la gbr ustat ni, ramai skit org kenal

Anonymous said...

gambar ustat memang kelas abis ah. nak2 gambar die yang 2nd. mmg patut ko panggil die org tua. ko mmg lawak kimi.

LeLa BeSt said...

mesti ko nk ltk gamba die kt bhgn sudah jatuh ditimpa tangga kn? tp ko kne tuka sket ayat ko.. sudah jatuh tersalah tangga sambil berangan, namun kesalahan diletakkan pada tangga yg kecil, padahal die pakai heels baru die x kire

pjg gk tuh

Millie said...

boleh tak aku nk tau pizza yg kau tgh nak makan tu pizza kt msia ke ktne? pizza pe eh?

Millie said...

eh takpelah. aku dh tau jwpn die. hahaha. bongok la post kau ni sbnanye. haha.

penglipurlapar said...

ammar
uihh, ustat memang kelasss. kelasss gitu

leha
kalau aku letak gambar dia sure aku berada dalam keadaan terancam sekarang

mili
erm. bongok tu hanya pada orang yang bangang je. betul tak? hahaha

Tinta MR said...

ya Allah kimmy. memang x larat nk baca blog ni. belum habis baca sampai perenggan last dh tergelak2 dh. nway nice dan ada mesej berguna yg perlu diambil para pembaca. ^^, (skema la plak ayat huhuh)

Anonymous said...

salam abang kimi,
suka suki je abg kimi letak gambar abg ustat bermisai yang kat zurich tuh.
tapi gambar2 tu memang kena dengan tema post kali ni.
lepas ni sy nak berjimat macam tips yg abg kimi bg ar.
tak nak shopping lagi masa sales.

penglipurlapar said...

mas

kita mintak kawal-kawalkanlah gelak ketawa tu ya. afdalnya 2 harakatlah orang kata.

diana

diana??? uwekkk. kot ye pun nak menyamar pakai lah nama jauh sikit. geli kau tau. eeeeeeee.

Anonymous said...

hahahaa... Diana tu nama anak aku nanti.Diana Rosemarie. hehe

penglipurlapar said...

meremang bulu roma aku dengar kau tau tak