Aku: Mak, tahun ni tak buat almond London ke?
Mak: Nak sangat ke? Kalau nak mak buat untuk orang mengidam je la.
Aku: Mmm, takpelah. Makan dekat rumah orang lain je lah.
Mak: Kalau nak makan sangat pergilah makan kat rumah Mak Long.
Hahaha, suka-suki je nak gi rumah orang semata-mata nak makan kuih.
***
Semalam pergi kuih raya hunting. Target mangsa utama adalah seperti biasa iaitu tempeyek. 2 pakar tempeyek telah di hantar ke area Kompleks PKNS untuk memburu tempeyek the most perfect tempeyek; aku dan bapak aku. Ibarat murtabak pelengkap bulan puasa, tempeyek adalah pelengkap raya bagi family aku... err aku je kot.
Setelah berbincang dengan bapak aku, kami telah bersetuju bahawa spesifikasi tempeyek yang paling lengkap adalah seperti berikut:
1. Kepadatan kacang yang berpatutan (kalau sekeping besar tapak tangan tu ade la dalam 25 bijik kacang dan ke atas).
2. Hendaklah berwarna perang seperti warna kulit. Bukan oren, bukan kuning, bukan merah, bukan pucat macam milo terlebih susu.
3. Jumlah jintan dan ikan bilis yang berpatutan. Biar secukup rasa je.
4. Keropok tidak terlalu mendatar (tanda banyak soda), tak terlalu menggerutu (geli la nak makan).
5. Tak terlalu berminyak. Nanti muak.
6. Kalau dah jumpa yang berkenan tu check dulu plastik dia tak berlubang. Karang nampak je sedap tapi lemau. Turn off gila.
So aku rasa kat rumah ni pun sama gak kot. Yang dalam plastik kat dapur aku makan. Itu memang melantak sorang aa. Yang dekat depan dalam balang pulak aku makan time orang datang. Makan untuk bersosial laaa orang kata.
***
Rizal: Kenapa aku rasa macam takde mood nak raya ek?
Aku: A'ah aku pun sama, takde rasa nak raya pun
Rizal: Apasal ek? Aku rasa sebab kita dah biasa raya sendiri masa study dulu kot.
Aku: Atau mungkin sebab kita dah besar.
Aihhh... growing up is not easy.
10 comments:
tempeyek? why tempeyek? aku tak berapa gemar yg ada kacang rupa ni, aku suka yg atas dia ada kacang dhal. hehe. adakah nama dia tempeyek jugak?
aku tiap2 tahun paksa mak aku beli kuih tart auntie sukarni. kalau takde, aku tak rasa macam raya :D
aku harap auntie sukarni tak berhenti buat tart sampai bila2...
oooh that would be tumpi. Tapi tumpi kacang hijau. Kacang dhal aku x sure pulak.
aku tak minat makan benda² ala² biskut sebab cepat haus, so banyak minum, so cepat full, maka makan sikit. haha.
OOOOOOOOOOooooh tempeyek... Bestnyer... Tapi aku dah lupa pasal tempeyek dengan bertubi-tubi sekali. This is why my SPM BM got B4.
Tart nenas la... Aku punya pelengkap raya lak ialah membuat ketupat dengan pakcik aku sambil memikirkan cara-cara nak lari dari buat ketupat di samping mendengar umpat-umpatan daripada makcik-makcik dan pakcik-pakcik dan tidak lupa ayah bonda. Benda ini diselang dengan lawak yang kadang-kadang lucah nenek aku. Raya itself always boring one, but the night before raya... Sure menangis-nangis punya sebab ketawa.
I miss raya in Kelantan...
sampai hati ko kimi!!menyembunyikan tempeyek dengan sengaja !! ko kasi aku duit raya kat CM aku kan?? merci!
jo
tart tart ni moden sangat la. tempeyek klasik sikit.
fifi
maka tidak ada akan maknanya sayugia ku memberikan duit raya kepada engkau. waima alasan yang kau berikan, tetap akan ku tuntut wang itu sepemulangan kau ke tanah air.
nk tempeyek!!!
jemput la datang rumah
tiap kali kimmy dapat parcel dari malaysia, dia akan heboh2 kat satu france. dia akan bgtau dia dpt 2 tempeyek dan berjanji akan bawak satu untuk share ramai2...
tapi lepas dua jam, dia akan tarik balik kata2 dgn alasan tempeyek dah abih dimakan tanpa sengaja.
ya betoollll
hahaha... buruk perangai ko kimi.. tp xterkejut la sbb dh tau cmane.. either ko abeskn mknn ko or ko mberi jelingan manje tika aku turut makan same honey stars ko..
eh ak suke chocolate chip kt umah ko.. ade lebih bwk umah aku tau
Post a Comment