Kalau merpati sudah terikat,
Jangan lepaskan ikatan benang,
Jikalau hati sudah terpikat,
Lekaslah lekas masuk meminang.
Ya, bernas sungguh pantun yang dideklamasikan oleh Hamidah Segaraga dalam filem 3 Abdul kan adik-adik?
Sebenarnya, perkahwinan ni merupakan satu subjek yang malu-malu kucing (atau malu-malu felis catus bagi mereka yang berpandangan saintifik) untuk diperkatakan oleh orang ramai. Tapi sebab abang Kimi merupakan seorang yang malu-malu belalang sahaja, abang Kimi tertarik untuk mengupas tajuk ini.
Bukan senang ya nak kahwin ni adik-adik. Sebab kalau nak kahwin, kenalah cari pasangan kan? Gila apa nak duduk sorang-sorang atas pelamin tu kan? Abang Kimi tau ada antara adik-adik yang pernah terfikir masa kecik-kecilan dahulu hendak berkahwin dengan ibu atau bapa sendiri sahaja. Kalau zaman dulu comel lah kan? Tapi sekarang boleh menyebabkan masyarakat setempat memandang enteng akan perkara ini.
Untuk berkahwin ya adik-adik, kita perlu mencari pasangan yang sekufu. Bukan kupu-kupu ya. Dalam agama sendiri telah ditetapkan kriteria sekufu ini. Pasangan mestilah dari level yang samalah orang kata. Ini adalah penting bagi mengelakkan pasangan atau diri adik-adik sendiri merasa out of place atau mengidap sindrom inferioriti yang terlampau.

Chrysiridia rhipheus
Selain itu, persiapan untuk kehidupan berumah tangga juga perlu adik-adik titik beratkan. Persiapan yang abang Kimi maksudkan ialah persiapan peribadi sendiri ya adik-adik, bukannya persiapan seperti bunga pahar atau mak andam (atau lebih tepat lagi _ak Andam zaman sekarang ni. Suruh orang tu isi sendiri huruf yang sesuai bagi mengelakkan kekeliruan). Kita perlu memuhasabahkan diri kita ini, apakah agama kita cukup, apakah nafkah kita cukup, apakah kita rasa mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri?
Adik-adik setuju tak?
Bagus adik-adik abang ni.
Sebab itulah abang Kimi telah diwarning awal-awal ya adik-adik. Kalau nak berkahwin kenalah cukup semuanya dahulu. Ada kerja, ada duit, ada kereta, ada rumah, ada calon, baru boleh jalan. Ikut turutan ya semua tu. Kalau tak, tak pasal-pasal kena tanya 'Habis nak kasi makan bini apa? Pasir?'
Melihat kepada ada rakan-rakan abang Kimi yang hendak menjejakkan kaki ke jinjang pelamin (bukan Jinjang, Selangor ya) tak lama lagi, kadang-kadang abang Kimi pun fikir bilalah giliran abang Kimi ya? Bila ya adik-adik? Kadang-kadang timbul pula rasa tidak faham mengapa ingin berkahwin begitu cepat walaupun ada antara mereka yang masih belum memiliki pendapatan yang tetap. Tapi bila abang Kimi fikirkan balik, itu adalah urusan mereka. Lagipun mereka melakukan sesuatu yang baik ya adik-adik. Menghalalkan perkara yang haram, dan salah satu sunnah Nabi ya adik-adik.
Adik-adik doakanlah untuk abang Kimi ya, supaya dapat berjumpa dengan pasangan yang sekufu. Insyaallah, kalau dah jumpa nanti, abang Kimi hantarkan kad walimatul kurus, eh, walimatul urus.
Sekian saja ruangan 'Siapa makan cili, dia sakit perut' untuk hari ni. Jumpa lagi di waktu dan hari yang lain. Jangan nakal-nakal!
6 comments:
Gila apa nak duduk sorang-sorang atas pelamin tu kan?
mcm terbayang2 je kat mata aku imej seorang jejaka berbaju melayu kaler salmon (pink keoren-orenan, or the other way around) dalam keadaan seperti yg telah ngko gambarkan di dalam ayat berkenaan kimmy :D
ckp pasal sekufu kan, dulu kwn aku pernah point out kat aku, that walaupun kita nak kena cari yg sekufu, sewajar-wajarnya aku kena cari someone yang jauh lebih tinggi dr aku supaya kalau hujan pastu aku jalan ngan dia, dia boleh pegangkan payung aku. cam romantik, kan? heheheh (kimmy tersedak2 kegelian). pastu aku plak fikir, kalau dia lebih tinggi dr aku, maka in terms of height kitorang dah tak sekufu la kan..kan? camne tu abang kimi? boleh explain? ;p
yeaaa adik azza, tentu abang kimi boleh explainkan. Sebenarnya bukanlah pada ketinggian fizikal yang perlu dinilai sekufuannya. Tetapi pada sahsiah dan ad-din nya.
Lagipun, kalau dia tinggi pegang payung untuk kau, tak ke payung tu nanti tinggi sangat sampaikan air hujan still boleh tempias masuk kena kau?
salam kimmy, x tahan gelak mas baca sume post ni tau!!! menjadi santapan bacaan ketika petang panas di france (before balik msia minggu ni)...huhuuh...
tahan mas. tahan gelak tu. gelak jangan lebih 2 harakah.
dalam mencari yang sekufu
jangan hanya dipandang mata
ya ambil kira harta dan rupa
tapi jiwa jangan dilupa
takut terjadi pula
si dia orang 'sana'
rumahtangga bertukar forum perdana
setelah honeymoon sebulan dua
suami mulai bosan
"bini aku pikir masyarakat je"
"dia ingat aku sarjana ke"
"aku dahla tak membace"
"sejak darjah lime"
"tapi dia nak bertekak jue"
"sedangkan rumah, hesss"
"lampin anak ntah ke mane"
"rumah tunggang terbalik tidak terkate"
"nasi haram nak ada atas meje"
"ada hati nak pimpin bangse!"
Si isteri pun tak tahan
"apa dia ingat aku tunggul kayu?"
"senyap selalu sepanjang waktu"
"nak tukul selalu"
"tukulnya pula nak berpalu-palu"
"dan lauk nak sedap selalu"
"tapi bila ajak borak kalu"
"bola lagi dia mahu!"
maka abang-abang adik kakak
sedikit sebanyak nasihat diberi
moga-moga berguna dipakai
dan manfaat tercapai
dan bahagia dirahmat ilahi.
kipas tangan? takde letrik ke?
Post a Comment