Monday, July 12, 2010

Aku dan rambutku

Di sebuah kedai menggubah rambut di Shah Alam di sebuah petang Ahad yang hening.

Aku: Bos kalau pakai mesen, nombor apa paling panjang?
Mamak: Nombor 4
Aku: Nombor 4 tu panjang mana?
Mamak: Pendek saja
Aku: Takpelah potong pendek

Zaaaaaaaaaaap.

Mamak: Nombor 4 pendek ini macam

Wahai Encik Mamak,
Ketika saya membuat pilihan potongan rambut sebentar tadi, yang saya maksudkan dengan potong pendek ialah memotong dengan gaya biasa dan bersahaja tetapi pendek, ibarat potongan rambut seorang pelajar sekolah. Bukannya, potong pendek dengan menggunakan mesen dan penyambung nombor 4. Saya memahami niat murni Encik Mamak untuk menunjukkan saya contoh betapa pendeknya rambut yang didandan dengan mesen dan penyambung nombor 4. Tetapi bukankah lebih baik jika Encik Mamak membuat demonstrasi di bahagian tepi rambut saya? Mengapa setelah ditarah bahagian tengah rambut saya barulah Encik Mamak menyuarakan niat Encik Mamak ingin menunjukkan contoh?

Jahanam rambut aku yang ikal mayang ni.

Apa reaksi orang ramai terhadap rambut aku?

"Kimi! Rambut Baru!" - Lan, Sumber Manusia

"Kimi nampak macam budak nakal kat sekolah" - Zali, Perakaunan Pengurusan

"Kimi nampak garanglah" - Azfa, Perkhidmatan Perakaunan

"Baru balik umrah ke?" - Zal, Kerani

"You nampak boyish la" - Aida, Perakaunan Kewangan
Habis? Sebelum ni apa? Girlish?
"Tak, sebelum ni manly, sekarang boyish la, macam budak-budak"

"Kenapa you potong rambut? You dah tak nampak cute tau. I lagi suka you rambut panjang" - Rokiah (bukan nama sebenar), Pengurus
Alamek, gangguan seksual.

Tapi siapa yang kata "Kau potong rambut ke Kimi?" memang aku hangen. Aku jawab je terus "Taklah, dia gugur sendiri".

Cepatlah tumbuh rambut baru. Macam mana nak berus 100 kali sebelum tidur kalau tak.

2 comments:

Fuzzy A! said...

Aku nak gambar!

mayamin syafiqah said...

nak tengok gambar jugak!!kimi, ko nak pinjam tuding belit2 aku?