Tuesday, March 02, 2010

Cerpen= Cerita Pendek. Cereka=Cerita Karut

Guruh berdentum. Kilat memancar sabung-menyabung. Hujan lebat membasahi kota Shah Alam pada malam itu. Kelihatan sebuah kereta Proton berwarna merah sedang mara di sebuah persiaran di tengah kota itu. Tiada kenderaan lain yang menemaninya di bawah air hujan yang bercucuran itu. Barangkali masing-masing menunggu reda. Sudahlah malam, titisan air menghentak berat cermin kereta, lampu-lampu jalan pula tidak berfungsi. Seluruh kota Shah Alam berada dalam kegelapan setelah putusnya bekalan elektrik gara-gara sebuah pencawang utama disambar petir seketika tadi.

Di dalam kereta Proton itu kelihatan seorang lelaki sedang mengelap titisan air dari pipinya. Namun bukanlah air hujan yang membasahi pipinya itu. Hakikatnya air matanya sendiri yang berguguran seperti gugurnya bunga-bunga sakura di penghujung musim panas. Nafasnya mendengus kerana cuba menyembunyikan esakan hatinya.

“Sampai hati Pak Cik melakukan sedemikian. Tidakkah dia tahu aku begitu mencintai Haliza? Mengapa tergamak dia menunangkan anaknya itu dengan Aman?” bisik hatinya.

“Aman? Dia telah bersama dengan lebih ramai perempuan daripada bilangan stokin yang aku miliki. Dia belum bekerja. Belajar pun asyik menukar jurusan. Dia tiada wawasan seperti aku. Mengapa Pak Cik? Tidakkah Pak Cik nampak betapa tidak amannya Aman itu?” debatnya lagi di dalam hati.

Helmi meneruskan panduannya sambil ditemani Fauziah Latif yang mengalunkan lagu Dia di copong radio. Helmi tiba di sebuah persimpangan kawasan perumahan. Kelihatan semua rumah teres di situ dalam keadaan gelap. Jurutera-jurutera TNB masih lagi bertungkus-lumus membetulkan pencawang yang rosak itu.

Kereta Proton merah itupun berhenti di sebuah rumah tepi. Helmi merenung seketika ke arah rumah itu dari dalam keretanya sambil memikirkan gerak langkah seterusnya. Mahu ditekan loceng tentunya tidak berbunyi kerana tiada elektrik. Sambil mindanya bergelumang mencongak segala langkah yang mungkin digunakan, dia mengamati pintu pagar rumah itu. Lalu, Helmi terlihat pintu pagar itu bukan berjenis automatik.

Helmi mebuka pintu keretanya dan berkejar ke arah pintu pagar itu dengan segera. Dia membuka selaknya dengan rakus dan berlari menuju ke pintu masuk rumah itu. Helmi berhenti buat beberapa ketika bagi meredakan nafasnya yang tercungap-cungap itu.

Tiba-tiba pintu kayu itu terbuka. Muncul kelibat seorang lelaki tua berbaju pagoda dan berkain pelikat biru memegang sebuah piring yang diletakkan sebatang lilin menyala. Orang tua itu membuka pula pagar besi pintu rumahnya.

“Helmi? Apa kau buat di rumah aku malam-malam hujan lebat ini? Siapa berikan kau izin untuk membuka pintu pagar rumah aku?” herdik lelaki tua itu.

“Pak Cik, saya datang untuk berjumpa dengan Iza pakcik. Saya ingin memberitahunya yang dia sedang melakukan kesilapan besar kalau dia bertunang dengan Aman” jawab Helmi.

“Tak perlu kau berjumpa dengan anak aku. Dia bertunang atas keputusan aku. Aku tak mahu melihat dia bersama engkau lagi” kata lelaki tua itu.

“Mengapa Pak Cik? Apa lebihnya Aman itu berbanding saya? Adakah Pak Cik bertindak begini semata-mata kerana peristiwa tempoh hari?” tanya Helmi.

“Ya. Memang kerana peristiwa itu. Hati aku terguris dalam kerana tindakkan kau itu. Kerana kau, aku malu dengan orang taman ini sekarang kau tahu? Sudah seminggu aku tidak ke surau kerana malunya aku dengan perbuatan kau itu” jawab Pak Cik.

“Saya minta maaf Pak Cik. Bukan niat saya untuk menyinggung hati Pak Cik. Saya sedar apa yang saya lakukan itu satu tindakan yang terburu-buru. Tetapi Iza tak perlu tahu apa yang berlaku di pesta buku itu bukan?” rayu Helmi.

“Benar dia tak perlu tahu. Tapi aku tak mahu dia mendapat seorang suami yang kedekut seperti kau. Diskaun 20 peratus pun mahu berkira” ujar Pak Cik.

“Baiklah Pak Cik. Saya sedar saya tidak akan mampu mengubah keputusan Pak Cik, walaupun Pak CIk tahu saya hanya menjalankan amanah yang diberikan oleh pemilik gerai di pesta buku itu. Tapi Pak Cik, saya merayu, agar Pak Cik berikan saya peluang sekali lagi untuk bercakap dengan Iza” pinta Helmi.

“Tak boleh!” tengking orang tua itu.

Helmi meletakkan tapak tangannya di atas api lilin yang menyala di tangan kiri Pak Cik.

“Saya berjanji Pak Cik, saya akan bercakap dengannya di hadapan Pak Cik, selama mana tangan saya mampu menahan akan haba nyalaan lilin ini” kata Helmi.

Pak Cik meniup padam lilin itu.

Helmi tergamam.

“Menchiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Eeeeee tak suka la Pak CIk ni” kata Helmi sambil menghentak-hentak kakinya. Dia menekup mukanya dan berlari ke arah keretanya di bawah siraman air hujan yang kini renyai-renyai.

5 comments:

Fuzzy A! said...

Johan Ariff bin Juhari likes this!

penglipurlapar said...

That took me 2 hours to write. Susah doh dah lama tak tulis karangan. Seb baik aku igt lg ajaran2 hamidah hassan

mayamin syafiqah said...

hamidah hassan ke fauziah hanim?

Fuzzy A! said...

Setiap kali kau cakap nama Hamidah Hassan yang dichentai, aku teringat cerita dia pasal dia punya ex-student yang wag-the-dog/spank-the-monkey dekat blakang kelas. Haha.

Aku pun dah lama gila tak tulis in English. Sherilee is so gonna be pissed with me.

LeLa BeSt said...

ak tergelak besar time pakcik tu tiup lilin tu hahahaha mmg hati batu betul pakcik tu.. konfem2 dia xsuke menantu kedekut.. motto hidup pakcik tu, biar papa xde keje blajar asek tuka kos janji xkedekut