Manusia mana yang tak cemburu ya adik-adik. Adik cemburu dengan abang sebab dia mampu beli kereta idaman, kawan dengki dengan dengan kawan sebab dia dah nak kahwin, awak tak jugak-jugak jumpa orang yang berkenan, jiran jealous dengan orang sebelah sebab rumah dia lagi besar siap ada swimming pool lagi tu, orang tu iri hati dengan orang ni sebab orang ni lagi hemsem (kesalahan ejaan adalah disengajakan), si fulan busuk hati dengan mamat sekor ni sebab dia lagi popular, (eh, over pulak Uncle Kimi ni, macam cerita dari pengalaman hidup je?) Bukan ya adik-adik, cuma menyenaraikan contoh sahaja.
Jadi apakah faktor punca sumber perasaan cemburu ni ya adik-adik? Mungkinkah akibat kelemahan semulajadi makhluk yang bernama insan untuk tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki? Atau mungkinkah kita begitu lemah terpengaruh dengan bujukan sang iblis? Ntah la adik-adik, Uncle Kimi pun tak berapa nak pasti. Yang pastinya, Uncle Kimi ni tak terlepas dari sikap mazmumah ni. Kalau nak ikutkan, buat list orang yang Uncle Kimi tak jeles langsung adalah lebih cepat dari buat list orang yang Uncle Kimi jeles.
Kadang-kadang yang lebih menghibakan ialah bila kita tau kita jeles dengan orang ni, bukannya kita nak jadikan dia tauladan atau iktibar supaya kita memantapkan lagi kedudukan sosioekonomi kita, tapi sebaliknya kita cuba menarik jatuh orang yang kita jeles, dengan harapan dia menjadi loser seperti kita. Eh silap, apsal kita plak? Macam you alls sebenarnya. Hahaha. Bak kata pepatah, ibarat ketam yang menarik turun membernya bila member dia berjaya panjat sangkar (ye ke ni? lebih kurang gitulah bunyinya)

Jadi apakah penawar sakit cemburu ni ya adik-adik riang? Uncle Kimi ingin berpesan kepada adik-adik di luar sana dan diri Uncle sendiri, kita banyak-banyaklah beristighfar. Dan yang paling penting, masa gosok gigi pagi-pagi tu cermin-cerminlah diri tu. Cuba bayangkan orang lain yang mungkin kurang bernasib baik berbanding kita ni. Kurang ong la orang kata. Kita kena bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin orang yang kita jeleskan tu pun sama jeles dekat kita. Walaupun mungkin tak betul tapi, untuk sedapkan hati, betul lah tu.
Selain itu, sebelum tidur, kita muhasabah diri kita, macam mana kita nak memperbaiki diri kita supaya boleh mencapai taraf sama atau lebih baik dengan orang yang kita dengki tu. Bukannya planning macam mana nak jatuhkan dia. Itu bukan adik-adik memuhasabah diri ya, itu bangang namanya, awak tu yang musibah ade la.
Tapi paling afdal, kita buang rasa cemburu tu. Apa salahnya kita berkawan dengan orang tu. Untung-untung dapat tempias betul tak? Kita kena berbaik-baik dengan semua orang. Silap-silap kita boleh jadi bespren. Time tu baru lah berkesan nak tikam dari belakang. Hahahahaha.
Adeh, Uncle Kimi sakit perut pulak. Okaylah, nak pergi bilik sebelah. Jumpa lagi dalam segmen "Siapa makan cili, dia sakit perut".
Eh, terasa pulak.
6 comments:
"Tapi paling afdal, kita buang rasa cemburu tu. Apa salahnya kita berkawan dengan orang tu. Untung-untung dapat tempias betul tak? Kita kena berbaik-baik dengan semua orang. Silap-silap kita boleh jadi bespren. Time tu baru lah berkesan nak tikam dari belakang. Hahahahaha."
apa punya jenis nasihat kau bagi ni uncle kimi oiii. Kemachiavelliannya membuak-buak.
Lama jugaklah aku tak tergelak tahap gibbon tatkala membaca blog. SYABAS!
hoi, siapa emo? elmo la.
hahaha.
machiavelli? apa ni, suka hati je label orang machiavelli. aku tak machiavelli cuma memanipulasi orang lain untuk kepentingan perut sendiri sahaja. tidak lebih dari itu. hahaha.
memang perutmu lebih penting dari kemaslahatan hidup orang lain wahai kimi..
eh jiran ko ade swimming pool ke kim?
bukan jiran sederet ye lela. jiran sederet seperti yang didefinisikan di konvensyen syed
hahaha.. jiran sederet yg tuh.. hmm ok2 info bahaye nih..
Post a Comment