Friday, September 05, 2008

Benchmarking

Kerja itu penat lagi memenatkan. Itulah rumusan yang dapat dibuat setelah tiga hari bekerja di PwC. Cheh. Belum start pun sebenarnya. Baru training je, itupun baru sehari masuk ofis, sebelum tu pegi PD. Nak meluahkan perasaan dekat blog pun tak sempat. Ni pun sebab tak boleh tidur lepas sahur baru la teringat nak tulis.

Aku ada seorang kawan sekolah rendah nama Syafiq (Bukan ejaan sebenar). Kitorang agak rapat la jugak dulu kat Sekolah Rendah dengan Sekolah Agama. Parents aku kenal dia and parents dia kenal aku. Punyalah rapat sampaikan masa darjah 1 sampai 3, kalau aku nombor 1, dia nombor 2, kalau aku nombor 2, dia nombor 1. And biasanya dia akan jadi benchmark aku; apa dia buat aku pun nak buat.

Aku ingat lagi masa darjah 3, kitorang berdua dapat tiket free tengok Royal London Circus sebab dapat top 2 in class. Macam biasalah, bapak aku mestilah tanak pergi. So aku pun cakap kat dia 'Syafiq pergi boleh pun?'. Itulah salah satu contoh benchmarking. Contoh-contoh lain ialah 'Syafiq ada Megazoid Power Rangers boleh', 'Syafiq ada Kung-Fu Fighters boleh', 'Rumah Syafiq ada komputer baru', 'Ala Syafiq pun dapat nombor 20' (masa darjah 5, maklumlah terkejut lompat kelas, anyway time tu aku dapat nombor 15). Ayat-ayat benchmarking ini hanyalah ayat-ayat penyata sahaja sebab biasanya ayat-ayat ini gagal untuk mempengaruhi keputusan bapak aku, kecuali time pergi circus tu (tu pun on the way siap boleh sindir kata 'Ni semua kereta nak tengok sarkis la ni?').

Itu ialah kisah Syafiq 10 tahun dulu sebelum kitorang terpisah sebab dia masuk asrama. Lepas tu masing-masing ikut haluan sendiri dan tak bercontact.

Tapi hari ni aku rasa aku dah jumpa Syafiq baru aku. Officemate aku yang bernama Irfan (bukan nama sebenar). Aku rasa lepas ni mesti bapak aku akan kerap mendengar ayat-ayat seperti 'Irfan ada kereta Honda Civic baru boleh'.

Sekian, nukilan pagi ini.

*diedit pada hari Selasa. Tiada kena mengena dengan saudara Irfan Hashim yang kini berada di St Etienne hendaknya.

5 comments:

wénkt said...

skrg ni orang tegur aku sebab semakin lebar badan. so aku nak jawab: kimmy lagi besar tak pe pun.

penglipurlapar said...

kau jangan main main. aku puasa ni dah turun 5 kilo tau. silap hari bulan aku yang pakai ayat tu kat kau. masa tau baru kau tau langit tu tinggi rendah. wan, wan, kau belum kenal erti dunia.

penglipurlapar said...
This comment has been removed by the author.
wannortya said...

ni bukan benchmarking,ni dengki namenye..susah sgt ke nak terima kenyataan kimi?

penglipurlapar said...

tiah

jauhilah kamu dari sifat dengki