" Kita tunaikan permintaan pertama kiriman XXX dari Bahau, Negeri Sembilan dengan ucapan 'Lupakanlah diriku. Bahagiakanlah sahaja isterimu. Anggaplah kita tidak pernah bertemu'. Dengarkan lagu yang diminta oleh XXX Hampa dari To' Ki dan Retak dendangan Ella"
Petikan dari Sinar FM
Aiyya, ini macam punya orang pun ada ka?
Satu lagi petikan menarik. Tiada niat politik ya.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mempertikaikan kesahihan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur kerana mencatatkan penduduk India di ibu negara hanya berjumlah kira-kira 160,000 orang.
"Pelannya antara lain mencatat bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mempunyai kira-kira 160,000 masyarakat kaum India.
"Saya dapati ini agak aneh. Kami mempunyai kira-kira 80,000 pengundi berdaftar kaum India di Kuala Lumpur," bekas menteri kerja raya dipetik sebagai berkata dalam satu laporan Bernama hari ini.
"Sekiranya satu keluarga mempunyai dua orang anak dan sekiranya kita darab dengan empat (termasuk dua ibu bapa), angkanya akan mencatat terdapat sebanyak 320,000 masyarakat India.
"Macam mana pula dengan masyarakat India yang tidak mendaftar sebagai pengundi?
Beliau mencadangkan draf tersebut diperbaiki sebelum ia dijadikan satu dasar kerajaan, lapor agensi berita itu lagi.
Beliau berkata demikian selepas taklimat draf tersebut oleh konsultan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu pejabat MIC semalam.
Malaysiakini
Choooopppp!!!! Kejap. Ada 80000 pengundi India berdaftar. Katalah semua tu pasangan suami isteri. Maknanya ada 40000 suami, 40000 isteri. Setiap pasangan ada 2 orang anak, so ada 80000 anak. So kan ke semua sekali ada 160000? Apa pasai dia kira dapat 320000? Sifir manakah?
1 comment:
Uncle Sam is the most idiotic person in real life. True story.
Post a Comment