Encik Kimi: Haihh... Esok dah Isnin. Malasnya nak kerja.
Encik Bapak: Do you realise that you're going to say the exact same thing every week for the next 35 years?
Encik Kimi: Gulp!
***
Selalunya kalau kat TV iklan minyak mesti Shell V-Power is what drives your car smoother atau Primax PX2 drives your car, what drives you? Tapi pernah tak terlintas di sudut pemikiran anda what drives oil companies macam Petronas?
Management yang mapan? Pekerja yang berdedikasi? Situasi kewangan yang kukuh? Rizab minyak yang bergelen-gelen? Bangunan opis yang tertinggi di dunia?
Jawapannya jauh lebih mudah daripada itu. Malah mungkin tidak tercapai dek akal tak terjangkau dek minda.
Jajan. Chickedees. Kerepek. Kacang. Asam-asaman. Biskut. Coklat. Gula-gula. Those are the things that drive Petronas. Hampir setiap meja ada je benda yang nak dikunyah. Andaikata tak cukup bawak, atau terlupa beli, jangan khawatir, selang sehari mesti ada akak yang datang jual kerepek.
Akak tu tak payah jerit "Kuih, kuih" ala-ala Siti Nurhaliza masa dia tolong mak dia dulu, untuk menarik perhatian. Tidak perlu loceng seperti pak cik jual aiskrim petang-petang yang menjadi buruan kanak-kanak di taman-taman perumahan. Dia cuma perlu lalu, letak beg-beg dia yang penuh kerepek-merepek tu and dengan sendirinya, orang ramai akan berkerumun menguis-nguis isi kandungan beg-beg tu mencari kerepek atau kekacang yang diingini.
Jika diamati lagi, sepemergian akak tu dari pandangan, jika anda dengar betul-betul, anda akan mendengar bunyi ini sayup-sayup di seantero ofis "Kraaaap krup krup krup". Kalau dijengahkan kepala keluar cubicle, anda akan mendapati hampir semua warga ofis sedang mengunyah sesuatu. Wajah mereka kelihatan tenang dan girang seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
Jika dahulu, ketika kami semua kerap berkunjung ke ESU ditingkat 9 menara 1 untuk berurusan dengan Kak S (identiti dirahsiakan), acap kali kami bertemu, beliau akan sentiasa memegang sekeping biskut atau cookie ditangannya. Sepanjang 4 tahun kami di Perancis, beliau telah menjadi salah satu topik umpatan setiap kali membincangkan hal-hal Petronas. Tetapi dewasa ini, aku mendapati aku sendiri dah terjebak dengan budaya ni. Sehinggakan, kalau akak kerepek tu datang, aku yang sampai dulu sebab nak elakkan orang lain beli kerepek bawang yang menjadi kegilaan aku. Tidak cukup dengan itu, kalau rasa banyak duit, aku mesti pergi beli sebiskut dua kat Cold Storage. Sebab tu aku malas turun lunch lama-lama, nanti lagi banyaklah aku membeli-belah.
Aku bukannya apa. Aku beli kerepek tu nak membantu usahawan IKS bumiputra. Tidak lebih dari itu.

4 comments:
betul2 aku setuju
hahhah
apa yang kau setujukan itu?
kak S hahahahhahahhaha
kau kenal ke Kak S tu siapa? dia sebelum Abang R
Post a Comment