Thursday, June 19, 2008

Soalan Cepu Mas

To honor my brother, for being the only one still in school, on the occasion that his UPSR's trial exam is just around the corner, this post will be entirely in question and answer format.

1) Setiap hari, saya hanya diperuntukkan _____ untuk makan tengah hari
A satu jam
B berjam-jam
C traffic jam
D jam tangan

2) Saya berasa tidak selesa dengan suasana _____ di KLCC sewaktu makan tengah hari
A hingar-bingar
B compang-camping
C mundar-mandir
D buah-buahan

3) Selain itu masa banyak dihabiskan didalam barisan kerana ramai orang ____ untuk membeli makanan
A beratur
B berkeliaran
C begelak ketawa keanak-anakan
D berketerampilan menarik

4) Oleh itu, saya selalunya membeli makanan dan naik semula ke pejabat untuk ____
I Makan
II Solat
III Membaca akhbar
IV Bergossip Mencuri dengar orang yang bergosip sambil makan di ruang meeting

A I dan II
B I, II dan X
C III sahaja
D semua di atas

5) Justeru, saya hanya dapat membeli _____ untuk menggunakan waktu secara optima.
A Makanan yang cepat untuk disediakan
B Makanan ruji rakyat Malaysia
C Makanan Jepun
D Masak Belando (bak kata arwah Nek Ngah saya)

6) Kini saya sudah bosan kerana begitu kerap membeli makanan di
I Restoran-restoran makanan segera
II Kedai-kedai roti
III CIMB Bank
IV MMZ (hanya dikenali oleh warga Jelutong Hills 40150)

A I dan II
B I, II dan X
C III sahaja
D semua di atas

7) Jika dahulu saya dan rakan-rakan sering memperlekehkan desk officer kami yang gemar ____, kini saya juga telah terjebak dengan amalan itu.
A makan biskut
B menganyam tikar
C menyidai kain
D memikirkan masa depan

8) Saya bernasib baik kerana di pantry tingkat saya bekerja, saya boleh menyediakan sendiri minuman kerana ____ dibekalkan tanpa had penggunaan
I Milo
II Teh dan Kopi
III Susu Pekat dan Gula
IV Glo Lemon (siapa tak rajin turun dapur mesti tak tau apa ni)

A I, II dan III
B I, II dan X
C III sahaja
D semua di atas

9) Setiap pagi juga teh ___ ada disediakan di pantry untuk dinikmati oleh warga tingkat 35 menara 1
A tarik
B angkat
C tolak
D picit
*Untuk memahami senarai jawapan ini anda perlu merujuk semula iklan Petronas tahun 1997 ketika mana sistem layan diri diperkenalkan di semua stesen minyak.

10) Walaupun masa berehat boleh dikatakan agak singkat, tetapi saya berasa seronok kerana
A saya begitu teruja dengan kerja yang diberikan sehingga tidak merasakan kepenatan
B sebenarnya waktu rehat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang
C saya suka main lif
D diriku begitu berharga

2 comments:

LeLa BeSt said...

hahaha... sungguh comel adikmu yang masih belum menghabiskan upsr nya...

LeLa BeSt said...

sy jwb D utk soalan no 10.. kerana diriku begitu berharga...